Friday, April 3, 2009

Sihat Secara Semulajadi

Salam hormat, setiap diantara kita sedar segalanya tidak akan memberi makna sekiranya kesihatan kita tidak terpelihara. Kita tentu pernah melihat mereka yang terlantar dikatil-katil hospital menunggu dan menanti untuk sihat kembali. Ketika terlantar harta yang menimbun tidak bermakna lagi, biar kereta mewah dihalaman, biar isteri cantik seksi atau biar apapun jua...

Ketahuikah anda setiap saat tubuh kita semakin lemah melawan penyakit? Tubuh kita, sering diserang pelbagai bakteria, virus, patogen yang terdapat di udara, makanan, minuman dan tempat kita tinggal. Dan malangnya seringkali kita ‘kalah’ dalam melawan penyakit yang menyerang.

Semakin berusia, tubuh kita kehilangan kekuatan Antibodi yang disebabkan oleh Pencemaran, Penghawa dingin, Tekanan emosi, Pemakanan yang tidak sihat, Merokok, Virus dan sebagainya.


Tidak seorangpun dari kita ingin mendapat penyakit-penyakit seperti Sindrom Metabolisma, Ingatan dan emosi, Tekanan Darah Tinggi, Arthritis & Sakit Sendi, Osteoporosis, Buah Pinggang, Diabetes, Strok, Jantung, Kekedutan dan banyak lagi. Namun masa yang berlalu akan tetap menjadikan kita tua dan tubuh kita menjadi semakin lemah. Dikala inilah penyakit yang tidak kita undang tiba satu persatu. Dan kita tidak boleh lari darinya...

Oleh itu saya memperkenalkan satu produk yang semakin mendapat sambutan ramai.......

0 comments: